Tuesday, July 26, 2011

BaHaGia aDaLah KetEnanGaN dLm KeSusaHan

Bersyukur Kpd Allah sbb aku Masih Bertahan hingga Kini..Bukan Senang Aku nak sampai ke tahap ini..tahap Yang penuh dengan Pengharapan dan Kejayaan hidup..Setelah Berusaha Memulihkan Semangat ku yg telah hilang dulu..Aku masih Ingat sewaktu aku Hilang Semangat dan putus asa Utk Meneruskan Hidup ini...Hanya Allah Yang tahu Apa yg aku Rasa...Kekecewaan Kehilangan Pengkhianatan mmg menyakitkan...Kini aku Redha n Lepaskan semua itu...Aku hanya fokus pada CIta2 ku kini...Hidup ini sememangNya memerlukan Ujian utk menguatkan dan Mematangkan diri kita..Aku Lepaskan Semua Kenangan dan Perkara yg mungkin akan melukakan aku lagi..Aku mulakan hidup baru dgn pengharapan yang baru..jauh dari sudut hati ini, sebenarnya aku terlalu merindui mereka..tapi apakan daya, aku trauma dgn mereka...demi utk kegembiraan n keselesaan mereka n untuk menjaGa hatiku ini...aku Lepaskan semuanya yg pernah menjadi sebahagian dari hati ini...Aku kini cuba utk mencapai ketenangan yg lebih abadi untuk kebahagiaan ku dunia dan akhirat..Kehadiran sahabat2 yang masih menyokong aku amat ku hargai..aku lebih memilih utk BersahaBat dr perCintaan..kerana PersahabAtan itu satu nilai yg kekal dan susah utk ditukar ganti...

=)

Thursday, April 28, 2011

SUnway PiRaMiD LeGeND

It's not easy to forget about a moment in Sunway PiRaMiD with both of them that gave me happiness...It's a true fact that our can't created in the reality life..I hope that memory always in my heart for a rest of my life...

Tuesday, December 21, 2010

Thursday, December 9, 2010

SENYUMAN




Senyuman boleh diibaratkan sebagai lukisan rahsia hati.
Sememangnya senyuman itu satu sedekah. Memberi senyuman yang paling manis akan membuatkan hati senang dan memberikan keyakinan kepada semua orang. Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..
Dalam sedih pun kita masih boleh tersenyum, dan ketawa kerana ianya pengubat kepada kesakitan itu. Kesedihan boleh ditutupi dengan senyuman. Tetapi kesedihan itu kita simpan dalam lubuk hati yang dalam. hanya kita sahaja yang mengetahuinya.
Senyuman boleh menjadi petua awet muda. kalau yang tua tu rajin-rajin lah senyum..
Akan tetapi pasti susah untuk kita memberi senyuman pada orang yang pernah melukai kita atau pada orang yang kita tak suka..
Takpe yang penting senyum sahaja. Mana tahu boleh pulihkan keadaan yang sememangnya genting dan sukar...
Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
Oleh itu, cubalah tersenyum selalu...
:-)

Seperti lirik lagu Dewa 19 bertajuk
HADAPI DENGAN SENYUMAN..
lirik lagu ini sangat menarik...lagu ia pun best jugak...

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang



Tuesday, December 7, 2010

Adik-adik aku mmg nakal n comel...




Adik-adik aku bernama Hani Batrisyah dan Hani Qisteena
Nakal dorang, adoi..tuhan ajer yang tahu...
Nakal giler..
Satu hari dorang punggah pamper abis satu bilik bersepah..
satu bilik putih dengan bedak-bedak...

siap kena kejar satu rumah...jogging jugak aku...huhu..
kalau tgok mulut aku membebel dgn adik2 aku dashyatnya...
biasalah dgn budak2...hahahahaa

Adik-adik......................


Apepun nikmatilah hari yang ceria dengan family...
biar berhabis duit utk family itu lagi baik..
daripada belanja org tak tentu hala...
nak tunjuk yg kononnya dia tu baik...hahahha...


Aku Tahu..


Semua memang menjadi lumrah kehidupan manusia. Luahan hati setiap manusia berbeza-beza. Namun, apa yang berlaku sama ada suka atau duka itu adalah ujian dan dugaan daripada Allah s.w.t. Aku tahu dan aku faham kini. Setiap Manusia diberi peluang untuk memperbaiki diri sendiri terutama dalam perhubungan dengan kekeluargaan itu penting. Setiap manusia mempunyai orang yang disayangi dan dicintai dan begitu juga aku. Rasa sayang itu simpan jauh didalam lubuk hati ini dan ianya disimpan rapi serta tak akan pudar selama-lamanya. Wang bukan satu keperluan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia tetapi hati yang ikhlas dan jujur yang menjadu tunjang kepada kebahagiaan itu. Baik pada semua, hidup dalam kebenaran dan sentiasa mengingati Maha Pencipta itu menjadikan kehidupan kita baik dan bagus. Tidak memilih bulu dalam persahabatan dan sesuatu perhubungan akan mendatangkan kesempurnaan dalam perhubungan itu. Lagipun, Allah tidak membeza-bezakan hamba-Nya.

Oleh itu, kita janganlah begitu. Baik dengan seseorang disebabkan kelebihan dan status nya yang tinggi adalah tidak baik. Biarlah baik dengan orang disebabkan keikhlasan dan kejujuran dalam dirinya dan bukannya untuk mengambil kesempatan. Persahabatan dengan semua itu adalah yang terbaik tanpa mengira status dan kelebihan akan kekal abadi. Hidup ini hanya sementara, Hidup dengan gembira adalah satu nikmat yang mesti diperolehi. Kawan-kawan yang selalu menasihati dan berkongsi kesedihan dan kegembiraan itu adalah satu yang pengalaman yang paling aku hargai sepanjang hidup ini. Aku bahagia bersama mereka. Solat bersama-sama dan banyak mengubah aku kepada yang lebih baik. Terasa rindu dengan kawan-kawan yang lain tapi anggaplah ianya satu cabaran dan ujian dalam hidup. satu hari, kita akan berkumpul semula. Ingat janji kita untuk berkumpul semula pada 4 tahun akan datang. Aku masih simpan dan ingat tarikh dan tempatnya.

Aku pasti semuanya akan mampu membina kejayaan untuk diri sendiri. Masing-masing akan ada keluarga dan kehidupan sendiri suatu hari nanti. Kita semua sudah janji akan hidup dengan gembira dan berusaha untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan masing-masing. Jalani hidup dengan kebenaran dan sentiasa berada dekat bersama Maha Pencipta akan mendatangkan kegembiraan yang tidak terhingga.


Aku Tahu