Friday, October 29, 2010

Hari ini...

Hari ini hari yang memenatkan dan enjoy...Walaupun aku cuba untuk happy dalam melalui hidup ini..Aku tahu hati ini masih sedih..Aku cuba kuatkan semangat aku..Aku taknak fikir perkara yang menyedihkan aku...aku lupakan dan merasa selesa dan senang hati dengan kehadiran kawan-kawan. Tiap2 Malam aku kadang-kala merasa give up tapi aku kuatkan hati ini dan bersabar serta tabah dalam melalui hidup ini...:-)

Hari ini aku dapat berita gembira, gerun dan menakutkan..panggilan untuk peperiksaan untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai Pengawai Tadbir Diplomatik...Serius aku takut sgt...huhu..tapi cuma berlagak berani..haahah...apepun Alhamdulillah...:-)

Risau jugak proposal master aku ni..Harap2 dapatlah aku sambung belajar lagi..aku taknak pikir ape2 lagi...kegagalan akan aku jadikan sebagai satu sumber kekuatan utk tidak gagal lagi di masa depan..aku tahu setelah penat kita berusaha tapi diakhir perjuangan kegagalan yang kita dapat pasti akan memberi kesan yang mendalam dalam hati ini..tapi kita jgn risau..setiap kegagalan yang berlaku itu menjadi satu hikmah utk kejayaan kita masa hadapan..Allah takkan menguji sesuatu perkara yang tidak dapat ditanggung oleh hambanya...ingat tu..aku sentiasa berharap aku diberi kesempatan untuk berbakti utk orang yang aku sgt sygi..:-)...

aku selalu dtg Um dan duduk di main lib sehingga petang dan kadang2 sampai malam...itulah cara hidup aku..aku suka sgt dok kt lib...byk perkara aku faham..baca buku byk2 dan memahami setiap kejadian yang berlaku dan apakah kesan dan pengakhirannya...:-)

Semua perkara aku lalui sendiri sekarang..aku cuba untuk hidup berdikari dan aku memang mampu untuk melakukannya..Aku yakin...:-)...Allah always with us..ingat..:-)




Wednesday, October 27, 2010

Biasa yang Istimewa..:-)

Hari ini aku dok kt Lib lagi..ape dok baca buku jer...itulah rutin ku hari2..mmg best la bila dah tahu byk perkara..bahasa Jepun pun aku ulang kaji balik..tadi sempat jumpa Fairas sempai dan tanya dgn dia ttg bahasa Jepun..dapatlah re-call balik ape yg dah lama ditinggalkan...insyaAllah ingat..:-)
Aku banyak mempelajari pengajaran dalam sebuah buku yang ku baca yg bertajuk Diari Sufi..Dalam diari tu ade menyebut bahawa...

Kita sebagai manusia yang lemah dan tidak mempunyai keistimewaan lain
haruslah berbalik pada Allah s.w.t untuk setiap sesuatu baik yang buruk
mahupun yg sebaliknya...
Allah Maha Bijaksana dan Dia sajalah yang mampu menilai
hambaNya tak kira sesumbang mana irama yang dilagukan, Allah Maha Mengerti..

Setiap manusia mmg diuji dengan berbagai dugaan dan cabaran..itu menandakan Allah masih menyayangi hambaNya walaupun kadang-kala kita sering lupa kepadaNya..Begitu juga dengan kehidupan sememangnya ada kalanya susah dan ada kalanya senang..oleh itu, dengan ketabahan dan kesabaran itu kita pupuk dalam diri akan membantu kita melaluinya dengan hati yang redha dan tenang...Selalu berdoa dan membaca al-quran akan menjadi satu pengubat kepada segala penyakit hati yang tersurat dan tersirat.. dan ia lah sebaik2 ubat yang paling mujarab utk segala jenis penyakit...oleh itu, kita harus amalkan...

kadang-kala, aku sering menangis kerana mengingatkan kesedihan yang lalu tapi selama mana kita harus menangis sehingga akhir sekali mata kita menjadi tak sesihat dulu...oleh itu, hargailah mata anda...Sekarang ni, aku cuba untuk hidup gembira dan melalui hidup dengan ceria dengan kawan2 yang masih ade disamping ku..hargai ape yg ade...:-)

lagipun hidup bukan datang byk kali..hanya sekali dalam hidup..kita hidup dengan pelbagai pengalaman yang dilalui dengan dugaan dan cabaran yang dihadapi sememangnya ianya akan memupuk dan mendidik hati kita supaya tabah dan kuat...Dan yakin bahawa Allah always with us..walaupun kita gagal dalam mencapai kejayaan dalam hidup tapi ingatlah kejayaan pasti akan ade pada masa depan..setiap manusia dicipta dengan kegembiraan dan kejayaan yang tersendiri dan kita seharusnya berusaha untuk mencapainya..

Berfikirlah utk sesuatu yang lebih perlu..sbb waktu takkan menunggu kita...apepun jodoh pertemuan semuanya ditentukan Oleh Allah..kita sebagai manusia harus berdoa untuk mendapatkan jodoh yang baik...Aku pun mengharapkan begitu...dan kalau ade jodoh takkan kemana walaupun 1001 km kita lari...:-) setiap ape yang berlaku..doalah menjadi senjata yang paling luar biasa...Oleh itu, bergantunglah pada yang Satu dan berserahlah kepadanya...teruskanlah berdoa sbb doa mmg untuk kita..aku selalu berdoa agar kwn2 dan orang yang mengenali aku sentiasa mendapat kejayaan dan keberkatan dunia dan akhirat..aku tak kisah..yang penting diorang happy..:-)

bila difikirkan balik ape yang terjadi semuanya ade sbbnya..oleh itu, kita tak boleh lupa semua tu..

Bukan aku tak pernah menderita,
tetapi semuanya aku simpan..
Bukan aku tak pernah kecewa,
tetapi semuanya aku pendam..
Bukan aku tak pernah terseksa,
tetapi semuanya aku telah..
Bukan aku tak pernah terluka,
Tetapi semuanya aku kapan..

Kerana apa..

Deritaku, kerana jiwa yang suka mencabar rasa..
kecewaku, lantaran hati yang tak pernah mahu setia..
Seksaku, ekoran lidah yang tak bijak melontar kata..
Lukaku,natijah akal yang kurang waras mentafsir deria..

Maka doa aku jadikan sandaran..
Agar jiwa boleh terisi..
menjadikan hati mampu berpaksi...
Lalu lidah jadi terpuji,
lantas akal bisa berfungsi.




Sunday, October 24, 2010

Kini

DeMi Allah, aku perlu lebih tabah kini..lantaran apa yang berlaku pada kehidupan yang lepas sememangnya perlu dijadikan pengajaran dan tauladan kepada ku untuk lebih berhati-hati dengan insan yang bernama manusia. Sememangnya hati ku mmg teruji untuk melupakan rasa cinta yang pernah bertakhta dalam hati ini. Cinta pertama yang akan aku tanam dan lupakan sampai bila-bila. Aku akan berkorban utk melupakan rasa ini utk selama-lamanya kerna kini aku lebih mengejar cinta kepada Ilahi iaitu cinta yg kekal abadi sampai mati...

Air mata ini sudah terlalu lama menemani aku sepanjang malam.. Kini aku takkan mengalirkan air mata ini kepada perkara yang tak berguna. Kini aku harus lebih berhati-hati dalam memilih teman dan sahabat. aku tak mahu sahabat yang hanya mahu berkwn dengan ku hanya kerana kelebihan dalam diri ini. persahabatan dan cinta aku bukan boleh dibeli dgn wang ringgit. Kerana ia takkan kekal sekiranya dengan wang kita beli semua itu. harta akan habis dalam sekelip mata tetapi perasaan ikhlas dan jujur takkan hilang selama-lamanya.

Skrg baru aku faham persahabatan mana yang lebih kekal abadi. sahabat yang baik akan ada bersama kita disaat susah dan senang serta mempercayai kita. Kini aku akan berusaha mencipta kenangan yang lebih baik dengan kejayaan dengan usaha ku kini tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. pernah seseorang berkata kepada ku " jgn biarkan hati menguasai akal tapi biar akal yang menguasai hati" itu lebih penting..dan perlu ada batasan untuk setiap hubungan yang wujud walaupun dimana2...aku akan ingat kata2 ini sampai bila2 dan akan ku simpan sebagai pedinding pada diri.. aku akan selalu berdoa akan kesejahteraan semua dunia dan akhirat seperti yg ku lakukan selalu selepas solat ..

tidak mengapa,walaupun aku terluka dan berdarah, aku tetap waras dalam menakluki setiap satu kejadian yang berlaku dan akan aku anggap sebagai sau hikmah yang berlaku disetiap kejadian. Dia pasti ada sebab sendiri..Biarpun aku dilepaskan tanpa sebab tapi aku tak kisah sekiranya aku dipersalahkan atas semua ini...sekarang ini aku redha dengan semua ini...aku merelakan pemergiannya dengan diiringi doa..moga2 dia akan bahagia dengan kejayaannya nnti dan menemui apa yang sebenarnya dia hajati walaupun bukan aku yang akan berkongsi saat itu nnti.. kini aku bersama sahabat2 aku yang ku kasihi. aku akan berusaha bersungguh2 untuk memperolehi kejayaan pada masa depan...aku akan kekal seperti ini.. aku takkan menaruh kepercayaan kepada sesiapa lagi dan takkan naif untuk meluahkan perasaan....dan aku akan pegang janji aku ini terhadap seseorang yang amat aku kagumi utk tidak kembali spt perkara dulu walaupun sekali pun dia kembali berubah seperti dulu atau kepada yg lebih baik...

Aku akan kejar impian dan cita2 aku utk keluarga tersayang..pengorbanan yang aku lakukan ini hanya kerana mereka....Allah always with Us....