DeMi Allah, aku perlu lebih tabah kini..lantaran apa yang berlaku pada kehidupan yang lepas sememangnya perlu dijadikan pengajaran dan tauladan kepada ku untuk lebih berhati-hati dengan insan yang bernama manusia. Sememangnya hati ku mmg teruji untuk melupakan rasa cinta yang pernah bertakhta dalam hati ini. Cinta pertama yang akan aku tanam dan lupakan sampai bila-bila. Aku akan berkorban utk melupakan rasa ini utk selama-lamanya kerna kini aku lebih mengejar cinta kepada Ilahi iaitu cinta yg kekal abadi sampai mati...
Air mata ini sudah terlalu lama menemani aku sepanjang malam.. Kini aku takkan mengalirkan air mata ini kepada perkara yang tak berguna. Kini aku harus lebih berhati-hati dalam memilih teman dan sahabat. aku tak mahu sahabat yang hanya mahu berkwn dengan ku hanya kerana kelebihan dalam diri ini. persahabatan dan cinta aku bukan boleh dibeli dgn wang ringgit. Kerana ia takkan kekal sekiranya dengan wang kita beli semua itu. harta akan habis dalam sekelip mata tetapi perasaan ikhlas dan jujur takkan hilang selama-lamanya.
Skrg baru aku faham persahabatan mana yang lebih kekal abadi. sahabat yang baik akan ada bersama kita disaat susah dan senang serta mempercayai kita. Kini aku akan berusaha mencipta kenangan yang lebih baik dengan kejayaan dengan usaha ku kini tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. pernah seseorang berkata kepada ku " jgn biarkan hati menguasai akal tapi biar akal yang menguasai hati" itu lebih penting..dan perlu ada batasan untuk setiap hubungan yang wujud walaupun dimana2...aku akan ingat kata2 ini sampai bila2 dan akan ku simpan sebagai pedinding pada diri.. aku akan selalu berdoa akan kesejahteraan semua dunia dan akhirat seperti yg ku lakukan selalu selepas solat ..
tidak mengapa,walaupun aku terluka dan berdarah, aku tetap waras dalam menakluki setiap satu kejadian yang berlaku dan akan aku anggap sebagai sau hikmah yang berlaku disetiap kejadian. Dia pasti ada sebab sendiri..Biarpun aku dilepaskan tanpa sebab tapi aku tak kisah sekiranya aku dipersalahkan atas semua ini...sekarang ini aku redha dengan semua ini...aku merelakan pemergiannya dengan diiringi doa..moga2 dia akan bahagia dengan kejayaannya nnti dan menemui apa yang sebenarnya dia hajati walaupun bukan aku yang akan berkongsi saat itu nnti.. kini aku bersama sahabat2 aku yang ku kasihi. aku akan berusaha bersungguh2 untuk memperolehi kejayaan pada masa depan...aku akan kekal seperti ini.. aku takkan menaruh kepercayaan kepada sesiapa lagi dan takkan naif untuk meluahkan perasaan....dan aku akan pegang janji aku ini terhadap seseorang yang amat aku kagumi utk tidak kembali spt perkara dulu walaupun sekali pun dia kembali berubah seperti dulu atau kepada yg lebih baik...
Aku akan kejar impian dan cita2 aku utk keluarga tersayang..pengorbanan yang aku lakukan ini hanya kerana mereka....Allah always with Us....
No comments:
Post a Comment