Tuesday, December 21, 2010

Thursday, December 9, 2010

SENYUMAN




Senyuman boleh diibaratkan sebagai lukisan rahsia hati.
Sememangnya senyuman itu satu sedekah. Memberi senyuman yang paling manis akan membuatkan hati senang dan memberikan keyakinan kepada semua orang. Senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit..
Dalam sedih pun kita masih boleh tersenyum, dan ketawa kerana ianya pengubat kepada kesakitan itu. Kesedihan boleh ditutupi dengan senyuman. Tetapi kesedihan itu kita simpan dalam lubuk hati yang dalam. hanya kita sahaja yang mengetahuinya.
Senyuman boleh menjadi petua awet muda. kalau yang tua tu rajin-rajin lah senyum..
Akan tetapi pasti susah untuk kita memberi senyuman pada orang yang pernah melukai kita atau pada orang yang kita tak suka..
Takpe yang penting senyum sahaja. Mana tahu boleh pulihkan keadaan yang sememangnya genting dan sukar...
Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
Oleh itu, cubalah tersenyum selalu...
:-)

Seperti lirik lagu Dewa 19 bertajuk
HADAPI DENGAN SENYUMAN..
lirik lagu ini sangat menarik...lagu ia pun best jugak...

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang



Tuesday, December 7, 2010

Adik-adik aku mmg nakal n comel...




Adik-adik aku bernama Hani Batrisyah dan Hani Qisteena
Nakal dorang, adoi..tuhan ajer yang tahu...
Nakal giler..
Satu hari dorang punggah pamper abis satu bilik bersepah..
satu bilik putih dengan bedak-bedak...

siap kena kejar satu rumah...jogging jugak aku...huhu..
kalau tgok mulut aku membebel dgn adik2 aku dashyatnya...
biasalah dgn budak2...hahahahaa

Adik-adik......................


Apepun nikmatilah hari yang ceria dengan family...
biar berhabis duit utk family itu lagi baik..
daripada belanja org tak tentu hala...
nak tunjuk yg kononnya dia tu baik...hahahha...


Aku Tahu..


Semua memang menjadi lumrah kehidupan manusia. Luahan hati setiap manusia berbeza-beza. Namun, apa yang berlaku sama ada suka atau duka itu adalah ujian dan dugaan daripada Allah s.w.t. Aku tahu dan aku faham kini. Setiap Manusia diberi peluang untuk memperbaiki diri sendiri terutama dalam perhubungan dengan kekeluargaan itu penting. Setiap manusia mempunyai orang yang disayangi dan dicintai dan begitu juga aku. Rasa sayang itu simpan jauh didalam lubuk hati ini dan ianya disimpan rapi serta tak akan pudar selama-lamanya. Wang bukan satu keperluan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia tetapi hati yang ikhlas dan jujur yang menjadu tunjang kepada kebahagiaan itu. Baik pada semua, hidup dalam kebenaran dan sentiasa mengingati Maha Pencipta itu menjadikan kehidupan kita baik dan bagus. Tidak memilih bulu dalam persahabatan dan sesuatu perhubungan akan mendatangkan kesempurnaan dalam perhubungan itu. Lagipun, Allah tidak membeza-bezakan hamba-Nya.

Oleh itu, kita janganlah begitu. Baik dengan seseorang disebabkan kelebihan dan status nya yang tinggi adalah tidak baik. Biarlah baik dengan orang disebabkan keikhlasan dan kejujuran dalam dirinya dan bukannya untuk mengambil kesempatan. Persahabatan dengan semua itu adalah yang terbaik tanpa mengira status dan kelebihan akan kekal abadi. Hidup ini hanya sementara, Hidup dengan gembira adalah satu nikmat yang mesti diperolehi. Kawan-kawan yang selalu menasihati dan berkongsi kesedihan dan kegembiraan itu adalah satu yang pengalaman yang paling aku hargai sepanjang hidup ini. Aku bahagia bersama mereka. Solat bersama-sama dan banyak mengubah aku kepada yang lebih baik. Terasa rindu dengan kawan-kawan yang lain tapi anggaplah ianya satu cabaran dan ujian dalam hidup. satu hari, kita akan berkumpul semula. Ingat janji kita untuk berkumpul semula pada 4 tahun akan datang. Aku masih simpan dan ingat tarikh dan tempatnya.

Aku pasti semuanya akan mampu membina kejayaan untuk diri sendiri. Masing-masing akan ada keluarga dan kehidupan sendiri suatu hari nanti. Kita semua sudah janji akan hidup dengan gembira dan berusaha untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan masing-masing. Jalani hidup dengan kebenaran dan sentiasa berada dekat bersama Maha Pencipta akan mendatangkan kegembiraan yang tidak terhingga.


Aku Tahu

Gmbaran...

pandangan...
makanan...
Pulau Redang...
Hala Tuju....

Pilihan.......

Dengarkanlah Suara HatiMu....

sesusah mana ujian,
sekerap mana dugaansekuat mana cubaan sepayah mana rintangan
seiring mana pun kwn2 sebaik2 mana pun sahabat bg dorongan
sebenarnya kekuatan tu ada kat diri sndir
klu kita terima selepas muhasabah diri, terima kelemahan, gunakan kelebihan
InsyaAllah...
sebenarnya kita membina kekuatan diri dari dalam
banyak kali mana pun kita down
banyak kali tu jugak kita akan bangun...

Oleh itu, Jangan Menangis lagi, kuatkan hati walaupun sebesar mana dugaan dan ujian yang datang...Tentang dan hadapi ia dengan berani dan tabah serta sabar...Sesakit mana hati akan tenang dengan kesabaran yang wujud dalam diri...

Jangan merasa diri keseorangan kerana Allah s.w.t sentiasa bersama hamba-Nya...Kuatkan semangat dan bangkit dari kesedihan dan kekecewaan itu adalah lebih baik... Ingat, Berserah sahaja pada Allah s.w.t. Hal ini kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya...Kebenaran hanya kepada-Nya...

Tersenyumlah kamu seperti selalu dan harungi hidup ini dibawah keredhaan Allah s.w.t dan hidup dalam kebenaran yang hakiki...Hanya Allah s.w.t yang layak dicintai..Mencintai-Nya adalah yang abadi...InsyaAllah akan tenang hati ini...

Friday, October 29, 2010

Hari ini...

Hari ini hari yang memenatkan dan enjoy...Walaupun aku cuba untuk happy dalam melalui hidup ini..Aku tahu hati ini masih sedih..Aku cuba kuatkan semangat aku..Aku taknak fikir perkara yang menyedihkan aku...aku lupakan dan merasa selesa dan senang hati dengan kehadiran kawan-kawan. Tiap2 Malam aku kadang-kala merasa give up tapi aku kuatkan hati ini dan bersabar serta tabah dalam melalui hidup ini...:-)

Hari ini aku dapat berita gembira, gerun dan menakutkan..panggilan untuk peperiksaan untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai Pengawai Tadbir Diplomatik...Serius aku takut sgt...huhu..tapi cuma berlagak berani..haahah...apepun Alhamdulillah...:-)

Risau jugak proposal master aku ni..Harap2 dapatlah aku sambung belajar lagi..aku taknak pikir ape2 lagi...kegagalan akan aku jadikan sebagai satu sumber kekuatan utk tidak gagal lagi di masa depan..aku tahu setelah penat kita berusaha tapi diakhir perjuangan kegagalan yang kita dapat pasti akan memberi kesan yang mendalam dalam hati ini..tapi kita jgn risau..setiap kegagalan yang berlaku itu menjadi satu hikmah utk kejayaan kita masa hadapan..Allah takkan menguji sesuatu perkara yang tidak dapat ditanggung oleh hambanya...ingat tu..aku sentiasa berharap aku diberi kesempatan untuk berbakti utk orang yang aku sgt sygi..:-)...

aku selalu dtg Um dan duduk di main lib sehingga petang dan kadang2 sampai malam...itulah cara hidup aku..aku suka sgt dok kt lib...byk perkara aku faham..baca buku byk2 dan memahami setiap kejadian yang berlaku dan apakah kesan dan pengakhirannya...:-)

Semua perkara aku lalui sendiri sekarang..aku cuba untuk hidup berdikari dan aku memang mampu untuk melakukannya..Aku yakin...:-)...Allah always with us..ingat..:-)




Wednesday, October 27, 2010

Biasa yang Istimewa..:-)

Hari ini aku dok kt Lib lagi..ape dok baca buku jer...itulah rutin ku hari2..mmg best la bila dah tahu byk perkara..bahasa Jepun pun aku ulang kaji balik..tadi sempat jumpa Fairas sempai dan tanya dgn dia ttg bahasa Jepun..dapatlah re-call balik ape yg dah lama ditinggalkan...insyaAllah ingat..:-)
Aku banyak mempelajari pengajaran dalam sebuah buku yang ku baca yg bertajuk Diari Sufi..Dalam diari tu ade menyebut bahawa...

Kita sebagai manusia yang lemah dan tidak mempunyai keistimewaan lain
haruslah berbalik pada Allah s.w.t untuk setiap sesuatu baik yang buruk
mahupun yg sebaliknya...
Allah Maha Bijaksana dan Dia sajalah yang mampu menilai
hambaNya tak kira sesumbang mana irama yang dilagukan, Allah Maha Mengerti..

Setiap manusia mmg diuji dengan berbagai dugaan dan cabaran..itu menandakan Allah masih menyayangi hambaNya walaupun kadang-kala kita sering lupa kepadaNya..Begitu juga dengan kehidupan sememangnya ada kalanya susah dan ada kalanya senang..oleh itu, dengan ketabahan dan kesabaran itu kita pupuk dalam diri akan membantu kita melaluinya dengan hati yang redha dan tenang...Selalu berdoa dan membaca al-quran akan menjadi satu pengubat kepada segala penyakit hati yang tersurat dan tersirat.. dan ia lah sebaik2 ubat yang paling mujarab utk segala jenis penyakit...oleh itu, kita harus amalkan...

kadang-kala, aku sering menangis kerana mengingatkan kesedihan yang lalu tapi selama mana kita harus menangis sehingga akhir sekali mata kita menjadi tak sesihat dulu...oleh itu, hargailah mata anda...Sekarang ni, aku cuba untuk hidup gembira dan melalui hidup dengan ceria dengan kawan2 yang masih ade disamping ku..hargai ape yg ade...:-)

lagipun hidup bukan datang byk kali..hanya sekali dalam hidup..kita hidup dengan pelbagai pengalaman yang dilalui dengan dugaan dan cabaran yang dihadapi sememangnya ianya akan memupuk dan mendidik hati kita supaya tabah dan kuat...Dan yakin bahawa Allah always with us..walaupun kita gagal dalam mencapai kejayaan dalam hidup tapi ingatlah kejayaan pasti akan ade pada masa depan..setiap manusia dicipta dengan kegembiraan dan kejayaan yang tersendiri dan kita seharusnya berusaha untuk mencapainya..

Berfikirlah utk sesuatu yang lebih perlu..sbb waktu takkan menunggu kita...apepun jodoh pertemuan semuanya ditentukan Oleh Allah..kita sebagai manusia harus berdoa untuk mendapatkan jodoh yang baik...Aku pun mengharapkan begitu...dan kalau ade jodoh takkan kemana walaupun 1001 km kita lari...:-) setiap ape yang berlaku..doalah menjadi senjata yang paling luar biasa...Oleh itu, bergantunglah pada yang Satu dan berserahlah kepadanya...teruskanlah berdoa sbb doa mmg untuk kita..aku selalu berdoa agar kwn2 dan orang yang mengenali aku sentiasa mendapat kejayaan dan keberkatan dunia dan akhirat..aku tak kisah..yang penting diorang happy..:-)

bila difikirkan balik ape yang terjadi semuanya ade sbbnya..oleh itu, kita tak boleh lupa semua tu..

Bukan aku tak pernah menderita,
tetapi semuanya aku simpan..
Bukan aku tak pernah kecewa,
tetapi semuanya aku pendam..
Bukan aku tak pernah terseksa,
tetapi semuanya aku telah..
Bukan aku tak pernah terluka,
Tetapi semuanya aku kapan..

Kerana apa..

Deritaku, kerana jiwa yang suka mencabar rasa..
kecewaku, lantaran hati yang tak pernah mahu setia..
Seksaku, ekoran lidah yang tak bijak melontar kata..
Lukaku,natijah akal yang kurang waras mentafsir deria..

Maka doa aku jadikan sandaran..
Agar jiwa boleh terisi..
menjadikan hati mampu berpaksi...
Lalu lidah jadi terpuji,
lantas akal bisa berfungsi.




Sunday, October 24, 2010

Kini

DeMi Allah, aku perlu lebih tabah kini..lantaran apa yang berlaku pada kehidupan yang lepas sememangnya perlu dijadikan pengajaran dan tauladan kepada ku untuk lebih berhati-hati dengan insan yang bernama manusia. Sememangnya hati ku mmg teruji untuk melupakan rasa cinta yang pernah bertakhta dalam hati ini. Cinta pertama yang akan aku tanam dan lupakan sampai bila-bila. Aku akan berkorban utk melupakan rasa ini utk selama-lamanya kerna kini aku lebih mengejar cinta kepada Ilahi iaitu cinta yg kekal abadi sampai mati...

Air mata ini sudah terlalu lama menemani aku sepanjang malam.. Kini aku takkan mengalirkan air mata ini kepada perkara yang tak berguna. Kini aku harus lebih berhati-hati dalam memilih teman dan sahabat. aku tak mahu sahabat yang hanya mahu berkwn dengan ku hanya kerana kelebihan dalam diri ini. persahabatan dan cinta aku bukan boleh dibeli dgn wang ringgit. Kerana ia takkan kekal sekiranya dengan wang kita beli semua itu. harta akan habis dalam sekelip mata tetapi perasaan ikhlas dan jujur takkan hilang selama-lamanya.

Skrg baru aku faham persahabatan mana yang lebih kekal abadi. sahabat yang baik akan ada bersama kita disaat susah dan senang serta mempercayai kita. Kini aku akan berusaha mencipta kenangan yang lebih baik dengan kejayaan dengan usaha ku kini tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. pernah seseorang berkata kepada ku " jgn biarkan hati menguasai akal tapi biar akal yang menguasai hati" itu lebih penting..dan perlu ada batasan untuk setiap hubungan yang wujud walaupun dimana2...aku akan ingat kata2 ini sampai bila2 dan akan ku simpan sebagai pedinding pada diri.. aku akan selalu berdoa akan kesejahteraan semua dunia dan akhirat seperti yg ku lakukan selalu selepas solat ..

tidak mengapa,walaupun aku terluka dan berdarah, aku tetap waras dalam menakluki setiap satu kejadian yang berlaku dan akan aku anggap sebagai sau hikmah yang berlaku disetiap kejadian. Dia pasti ada sebab sendiri..Biarpun aku dilepaskan tanpa sebab tapi aku tak kisah sekiranya aku dipersalahkan atas semua ini...sekarang ini aku redha dengan semua ini...aku merelakan pemergiannya dengan diiringi doa..moga2 dia akan bahagia dengan kejayaannya nnti dan menemui apa yang sebenarnya dia hajati walaupun bukan aku yang akan berkongsi saat itu nnti.. kini aku bersama sahabat2 aku yang ku kasihi. aku akan berusaha bersungguh2 untuk memperolehi kejayaan pada masa depan...aku akan kekal seperti ini.. aku takkan menaruh kepercayaan kepada sesiapa lagi dan takkan naif untuk meluahkan perasaan....dan aku akan pegang janji aku ini terhadap seseorang yang amat aku kagumi utk tidak kembali spt perkara dulu walaupun sekali pun dia kembali berubah seperti dulu atau kepada yg lebih baik...

Aku akan kejar impian dan cita2 aku utk keluarga tersayang..pengorbanan yang aku lakukan ini hanya kerana mereka....Allah always with Us....

Wednesday, July 7, 2010

Begitulah...

Byk dugaan yang terjadi kpd ku kali ini..sorg2 hilang dlm hidup ku samaada yg hidup dan yg mati..Aku cuba tabahkan hati dan sabar dgn segala yang berlaku..Ya Allah kepada Mu aku memohon perlindungan..KepadaMu jua aku serahkan takdir hidupku kerana manusia hanya merancang, Allah yang tentukan...Allah menguji hambaNya sebagai tanda sayangNya kepada kita..dan Dugaan dan Ujian yang dtg bertujuan utk menguji sama ada kita ingat atau tidak kepada Maha Pencipta walaupun dalam susah dan senang...Semuanya Ada Hikmah disebaliknya...

Mmg teruk yang terjadi pada diri ini pada kali ini tapi aku cuba utk kuatkan hati dan semangat ini walaupun pada mulanya aku mulai down...berkat sokongan kwn2 yang aku sygi terutama fiza, nurul Fadilah dll aku cuba bangun semula.. kali ini aku cuba utk tidak mengalirkan air mata...aku akui mata ini dah semakin tidak berapa sihat disbbkan kesedihan yang dialami kali ini...aku terpaksa memakai spek mata yg baru...aku akui mmg hodoh kot..tapi aku dah malas nak pikir sama ada cantik atau tidak...sbb itu adalah diri yg sebenar tambahan aku merasakan diri ini semakin tidak bernilai...walaupun begitu, aku cuba bangun semula...Ya Allah, kuatkan hati ini utk berhadapan dgn semua ini..

skrg ini, apa yang aku lakukan adalah utk membuktikan aku ini boleh hidup berdikari..walaupun sejak kecil aku mmg sudah berdikari...Ya Allah kuatkan semangat ini utk bangun semula..


KUATKAN SEMANGAT INI..


Saturday, March 27, 2010

PErGI.....

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..

Sunday, February 21, 2010

FUNGSI HATI

FUNGSI HATI

sesuatu yang paling mengagumkan pada diri manusia adalah hatinya,
Manusia mempunyai kesediaan untuk bersikap bijaksana dan sifat yang berlawanan dengan sebaliknya.
Apabila ianya mengharapkan sesuatu,ianya menjadi hina disebabkan sikap tamak dan apabila tamak telah menjangkitinya, ianyan dirosakkan oleh haloba.
Apabila ianya dikuasai oleh putus asa, ianya sedang dilanda duka cita dan kesedihan.
Apabila ianya sedang marah ianya sangat gelisah,
Apabila ianya mendapatkan kepuasan dan kesenangan, ianya lupa diri dan tidak berhati-hati.
apabila ditimpa ketakutan ianya berhati-hati,
Apabila ianya merasa aman dan sentosa,
ianya lupa dan bangga diri.
Apabila ianya mendapatkan harta
ianya disesatkan oleh kekayaan. dan
apabila ditimpa kemiskinan, ianya gelisah bila merasa lapar, ianya menjadi lemah .
Apabila terlampau kenyang, ianya menjadi payah kerana penuhnya perut dengan makanan hingga kemampuannya.
Setiap perbuatan yang lalai yang dilakukannya, membahayakan dirinya,
dan setiap perbuatan yang melampaui batas, akan merosakkan dirinya.

Saturday, January 2, 2010

HIDUP DALAM DUNIA YG BERSYUKUR..




Saya begitu tertarik dgn kata-kata ini..sejak itu, saya mula menjadikan kata-kata tersebut sebagai satu kekuatan saya utk hidup, walaupun saya sgt suka mengalirkan airmata..Entah la, mungkin itu adalah sikap semula jadi yang mmg tak boleh diubah.."Saya Mudah Mengalirkan Air Mata"
Tentang Kata-kata tu, aku sering ingat dalam hati ini dan ianya menjadi salah satu kekuatan untuk saya teruskan hidup ini dan menempuh kejayaan..

HiduP Dalam Dunia Yang Bersyukur..


BERSYUKUR PADA ORG YANG TELAH MENYAKITI KAMU KERANA DIALAH ORANG YANG MENABAHKAN HATI KAMU.

BERSYUKUR PADA ORANG YANG TELAH MENIPU KAMU KERANA DIALAH ORANG YANG MENINGKATKAN PENGETAHUAN KAMU.

BERSYUKUR PADA ORANG YANG TELAH MENINGGALKAN KAMU KERANA DIALAH ORANG YANG TELAH MEMUPUK SIFAT BERDIKARI KAMU.

BERSYUKUR PADA ORANG YANG MENJATUHKAN KAMU KERANA DIALAH ORANG YANG MEMPERHEBATKAN ABILITI KAMU.

BERSYKUR PADA ORANG YANG MENYEKSA KAMU KERANA DIALAH ORANG YANG TELAH MENGUJI KESABARAN KAMU.

Oleh itu, saya amat berterima kasih pada kwn saya yg sudi menampal kata-kata ini di dinding rumah untuk tatapan semua..