Thursday, August 27, 2009

kita macam tu, orang lain pun mcm tu jugak...

Text ColorSemester 1 2009/2010....

Hidup tidak selalunya Indah dan berwarna-warni. Oleh itu, kita yang harus mencorak hidup ini agar ia menjadi lebih bermakna. Setiap kesibukan yang berlaku akan melatih kita untuk hidup lebih berdisiplin dan bematlamat. Justeru itu, jangan putus asa dan mengeluh dengan dugaan itu. Kesibukan tidak menghalang kita untuk melakukan aktiviti atau perkara asas yang mesti dilalui. tidak kisah la ape pun yang penting ia mesti diselesaikan walaupun kita sesibuk mana pun.lagipun bukan kita sahaja yang sibuk,orang lain pun sibuk jugak.Balik dari kuliah,sudah semestinya penat tapi itu tidak menghalang kita untuk buat perkara asas dalam hidup kita.

Perkara-perkara asas ini bukan sahaja untuk kebaikan kita dalam mengamalkan disiplin diri tetapi juga untuk tidak menyusahkan orang lain. Janganlah kerana bad mood,kita akan menyusahkan dan mempengaruhi semua orang.Bukan nak salahkan sesiapa tapi hal ini sememangnya wujud dalam dunia ini.tidak kisahlah dimana. setiap komen orang itu,harus diterima dengan hati yang terbuka.Bukan untuk menyakitkan hati tetapi untuk mengingati. tidak selamanya kita ingin orang lain ikut rentak kita sedangkan kita tidak pernah berusaha untuk mengubahnya.

Kita tidak perlu nak pentingkan diri dan menunjukkan bahawa diri kita ini hebat.sedangkan semua itu akan menggambarkan siapakah kita. kenapa mesti nak tunjuk muka bad mood dihadapan semua orang sedangkan kita boleh sembunyikan bad mood itu dengan senyuman dan gelak ketawa. sebab senyuman dan gelak ketawa itu penawar segala penyakit.

susah untuk menjadi manusia yang sempurna sebab kita bukan malaikat. Kita adalah manusia yang dicipta oleh Allah dengan kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Bukan semua perkara boleh diluahkan secara terbuka. sebab bukan semua orang itu sama. sesibukmanapun kita,ada lagi orang yang lagi sibuk tetapi masih boleh buat perkara yang tidak menyusahkan orang lain. masih boleh angkat kain yang kering untuk kegunaan dan kesenangan orang lain yang ingin menyidai kainnya yang baru dibasuh. Ada juga orang yang malas nak angkat kain walaupun sudah kering berhari-hari...???


Manusia biasalah memang begitu....lagi, manusia apakah itu sekiranya bila berhadapan dengan masalah akan segara tarik diri disebabkan tidak mahu menyusahkan diri sendiri. sedangkan orang lain bersama-sama mengharungi masalah tersebut....









No comments: